TULANG TANGAN MANUSIA DALAM BANGKAI BUAYA

TAWAU: Tulang tangan manusia ditemui dalam bangkai seekor buaya yang berjaya ditangkap di Sungai Kalabakan, di sini, pada Jumaat.

Penemuan itu disahkan Jabatan Hidupan Liar (JHL) menerusi kenyataan media, di sini, semalam.

Tulang tangan itu dipercayai milik seorang lelaki berumur 24 tahun yang dilaporkan menjadi mangsa serangan reptilia berkenaan di Kampung Tanjung Sapi, 3 Julai lalu.

Pegawai JHL Tawau, Sailun Aris, berkata ini kerana, mangsa ditemui dalam keadaan kedua-dua tangan hilang sebelum JHL mengambil langkah memasang perangkap dan pancing pada 5 Julai lalu.

“Apabila pasukan kita tiba di lokasi, buaya itu sudah mati sebelum ia ditunda ke darat.

“Kita kemudian menemui sisa tulang apabila bangkai haiwan itu dibedah,” katanya.

Sailun berkata, tulang itu sudah diserahkan kepada waris mangsa.-http://beritasabah.com