KOTA KINABALU: Seorang bekas timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan di Sabah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM14,000, hari ini.
Sumber berkata, wanita berusia 40 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Sabah, kira-kira jam 10 pagi tadi selepas hadir memberi keterangan.
“Siasatan awal mendapati suspek mengemukakan tuntutan resit palsu berhubung dengan pelaksanaan program-program agensi kerajaan berkenaan sekitar Julai 2013 sehingga Ogos 2014,” katanya.
Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.
“Suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan,” katanya.-http://beritasabah.com

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK