Oleh : Cyn J.
LAHAD DATU, 22 Feb – Pasukan Polis Marin (PPM) sekali lagi berjaya menggagalkan aktiviti bom ikan di perairan daerah ini selepas melaksanakan operasi pemantauan, semalam.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Lahad Datu, Superintendan Gan Ping Sin berkata, pasukan operasi bertindak mengejar sebuah perahu selepas dikesan mencurigakan di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun katanya, selepas beberapa minit dikejar, pasukan polis berjaya menemui perahu berkenaan yang ditinggalkan di pesisir pantai laut berdekatan.
“Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat beberapa peralatan disyaki digunakan untuk aktiviti bom ikan serta menemui beberapa pukat berisi pelbagai jenis ikan.
“Semua barangan yang dirampas dianggarkan bernilai RM1,750 berdasarkan harga pasaran semasa.
“Barangan tersebut kemudian dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media.
Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan akan diserahkan ke Jabatan Perikanan Lahad Datu untuk tindakan lanjut.
Sehubungan itu, Gan berkata, PPM sentiasa menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan sebarang maklumat melalui aplikasi Whatsapp Pasukan Polis Marin Wilayah Empat Sabah di nombor 013-9391197 atau boleh terus berhubung ke mana-mana balai polis berdekatan.
Sumber: DEASOKA

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK