Oleh: Libona
TAMBUNAN, 22 Feb: Seorang wanita rentung dalam sebuah kejadian kebakaran di kampung Tikolod, di sini, tengah malam tadi.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, Desmond Micky @ Dominic, mangsa bernama Norhabibah Awang, 30, ditemui di ruang tamu rumahnya dalam keadaan rentung akibat tidak sempat menyelamatkan diri daripada kebakaran.
Susulan kejadian berlaku apabila pihak BBP Tambunan menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 12.25 tengah malam, semalam.
Ekoran panggilan itu, sembilan anggota telah dikerah ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 20 kilometer dari BBP Tambunan.
Sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati rumah jenis kayu kekal tersebut telah terbakar 90 peratus dan operasi pemadaman api terus dilaksanakan.
“Operasi berjaya ditamatkan pada jam 1.45 pagi selepas api dipadamkan sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi.
Siasatan awal melaporkan, terdapat 10 orang penghuni dalam rumah terbabit dan sembilan daripadanya berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi terkorban.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Bagaimanapun, punca sebenar kejadian belum dikenalpasti dan masih dalam siasatan.
More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK