PAPAR, 24 Feb: Seorang lelaki berusia 30-an dipercayai membawa sepucuk pistol di kawasan awam ditahan di Bulatan Benoni, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata, kejadian tersebut yang berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi, dibantu oleh seorang penunggang motosikal yang berjaya menahan suspek sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Berikutan penahanan itu, polis telah merampas sepucuk pistol yang dimiliki suspek.
Menurut Batholomew, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenalpasti pemilik sebenar senjata itu dan menyiasat tujuan suspek membawa senjata itu di kawasan awam.
Dalam pada itu, tindakan pantas penunggang motosikal tersebut mendapat pujian daripada Batholomew dan orang ramai selepas ditularkan di media sosial oleh seorang pengguna jalan raya.
Batholomew juga menasihatkan orang ramai agar tidak membawa sebarang senjata yang menyalahi undang-undang agar tidak dikenakan tindakan.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK