PUTATAN: Seorang wanita warga asing ditemukan mati di kawasan terbuka berhampiran Sungai Petagas di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, mangsa ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 2 petang.
Mangsa berumur 41 tahun tersebut dikatakan telah berkahwin dengan seorang warga tempatan dan menetap di daerah ini.
Menurut Zaidi, punca kematian belum diketahui dan masih dalam siasatan bagi mengenal pasti sama ada mangsa mengalami sebarang kecederaan mahupun tidak .
Sementara itu, kes terbabit telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk siasatan lanjut.
Dalam pada itu, Zaidi memohon kepada orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK