PETALING JAYA, 8 Mac – Polis menjalankan siasatan berhubung tindakan sekumpulan individu berpelukan dalam Anugerah Juara Lagu ke 36 (AJL36) di Pusat Dagangan Dunia (WTC), semalam.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Naazron Abdul Yusof, gambar itu dikesan polis selepas dimuat naik dalam sebuah portal berita.
“Semua individu terbabit sudah dipanggil bagi membantu siasatan atas kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
“Kesalahan itu dikesan kerana tidak mematuhi penjarakan fizikal seperti yang terkandung dalam arahan Pelan Pemuliharaan Negara (PPN) Fasa Empat.
“Tawaran kompaun RM1,000 sudah dikeluarkan kepada setiap individu terbabit mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan),” katanya dalam kenyataan.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK