KOTA TINGGI, 8 Mac – Trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlibat nahas menyebabkan seorang anggota tentera maut manakala empat lagi cedera di Kilometer 16, Jalan Penawar-Punggai, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, kemalangan pada pukul 3.40 petang itu dipercayai berlaku ketika trak berkenaan dalam perjalanan dari Pos Tg Leman di Mersing Ke Pos Tg Sepang di Pengerang.
“Kemalangan tersebut melibatkan seorang pegawai dan empat anggota tentera.
“Seorang anggota tentera berusia 23 tahun maut di tempat kejadian manakala yang cedera berusia antara 22 hingga 38 tahun menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, siasatan awal mendapati punca kemalangan dipercayai akibat gagal memotong, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK