KINABATANGAN, 6 April – Pasangan suami isteri dicari polis untuk tampil dalam satu perbicaraan kes bunuh di Mahkamah Tinggi Sandakan bagi memberi keterangan pada 11 hingga 14 April depan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan Dzulbaharin Ismail, pihaknya telah mengerahkan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan untuk mengesan kedua-dua saksi.
“Saksi terbabit adalah Ana Farhana Musa, 34, serta suaminya bernama Ismail Santaro yang berusia 37 tahun.
“Kedua-dua saksi ini diminta tampil untuk membantu memberikan keterangan bersabit kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang berlangsung selama empat hari,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jelasnya lagi, hasil siasatan mendapati alamat terakhir bagi kedua-dua penama ini adalah di Ladang Bukit Mas, Jalan Jeroco, Hup Seng Plantation Sdn Bhd.
Berikutan hal itu, Dzulbaharin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung saksi terbabit juga diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Razali Basa di talian 089-561890/019-6217357 atau terus ke balai polis berdekatan

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK