KOTA KINABALU, 6 April — Sabah mencatatkan penurunan kes jangkitan baharu COVID-19 sebanyak 10 kes menjadikan jumlah kes hari ini sebanyak 188 kes.
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, perubahan angka di kebanyakkan daerah adalah pada jumlah yang kecil kecuali Beaufort (15 kes) dan Kota Kinabalu (30 kes) yang masing-masing mencatatkan penurunan sebanyak 12 kes berbanding semalam.
Sementara itu, peratusan jangkitan sporadik terus naik mencatatkan hampir 62% hari ini berbanding 58% semalam.
Jelasnya, lebih separuh (14) daripada 27 daerah dalam negeri mencatatkan jangkitan sporadik sebagai penyumbang utama jumlah kes hari ini antaranya ialah daerah Kota Kinabalu (83%), Penampang (78%), dan Beaufort (80%).
Dalam pada itu, sebanyak 183 atau 97.34% daripada jumlah kes hari ini adalah dalam Kategori 1 & 2, masing-masing dua (2) kes dalam Kategori 3 dan 4, manakala hanya satu (1) kes dalam Kategori 5.

More Stories
Covid-19: Trend tempahan slot vaksinasi diteliti
Tiada bukti kukuh sokong dakwaan air berkarbonat boleh diuji positif COVID-19 – MDA
7,294 kes COVID-19 dicatatkan di Perak sepanjang tahun ini