Omar (tengah) bersama Mohd Azhar (kanan) dan Abdul Fuad menunjukkan sebahagian minuman keras yang dirampas oleh Polis Sandakan
Oleh Kahar Ali
Minuman keras itu kemudian telah dipindahkan ke sebuah kapal besi yang sepatutnya menghantar konsainmen tersebut ke Tawi-Tawi tetapi kapal tersebut berpatah balik dan menuju pula ke jeti Sungai Seguntor di kawasan Sandakan, kata Omar.
Omar berkata, minuman keras yang di bawa oleh kapal besi kemudiannya dipunggah dan dinaikkan ke dalam tiga buah lori yang sedang menunggu disitu untuk dihantar melalui jalan darat ke Kota Kinabalu dan Penampang bagi mengelakkan cukai import.
Sepasukan Polis yang diketuai Ketua Polis Daerah ACP Mohd Azhar Hamin melakukan rampasan minuman keras tersebut dan menangkap 19 lelaki terdiri dari 6 warga asing dan 13 warga tempatan, berumur 21 hingga 60 tahun, dalam serbuan ditepi Sungai Seguntor pada Jun 29 jam 11.30 malam, tambah Omar.
Omar memberitahu bahawa tiga buah lori, dua pacuan empat roda dan sebuah kapal besi yang dipercayai digunakan untuk memunggah minuman keras turut dirampas. Nilai kesemua rampasan dianggarkan sekitar RM 2.7 juta.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ