LORI TANKER MENGALAMI MASALAH BREK , MEREMPUH RUMAH DAN KERETA DI LAHAD DATU

Struktur-struktur dan sebuah kereta yang dirempuh oleh lori tanker di Lahad Datu kelmarin

Oleh Faizal Rahman

 LAHAD DATU: Sebuah lori tanker yang dipercayai mengalami masalah brek semasa menuruni bukit telah merempuh beberapa struktur dan sebuah kereta di Kampung Membatu, Jalan Lahad Datu-Tungku dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah ACP Nasri Mansor berkata pemandu lori tanker yang bertindak melompat keluar dari kenderaan yang dipandunya, hanya mengalami kecederaan ringan.
Lori tanker itu sedang menuruni bukit dalam perjalanan dari arah Lahad Datu ke FELDA Sahabat 13 apabila pemandu menyedari masalah tersebut. Lori tanker kemudian termasuk ke kanan jalanraya lalu terbabas, kata Nasri.

Nasir memberitahu bahawa lori tanker itu merempuh sebuah pondok yang menjual bantal kekabu, sebuah kereta dan dua buah rumah dalam kejadian yang berlaku lebih kurang jam 9.30 pagi.

“Salah sebuah rumah tersebut tidak berpenghuni manakala penghuni yang sebuah lagi rumah sempat menyelamatkan diri sebelum lori tanker itu merempuh struktur,” kata Nasri.

Hanya pemandu lori tanker sahaja yang mengalami kecederaan ringan. Kejadian itu disiasat dibawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987, kata Nasri lagi.