POLIS MARIN SEMPORNA TANGKAP LELAKI PALAUH MEMILIKI 0.5 GRAM SYABU 

Syabu yang dirampas dari seorang lelaki Palauh

Oleh Faizal Rahman

SEMPORNA : Pasukan Polis Marin berjaya menangkap satu lelaki yang memiliki dadah jenis Syabu di perairan laut Kampung Hidayat, Pulau Bum Bum  pada Ahad malam.

Komander Pasukan Polis Marin Sabah ACP Haji Mohamad Pajeri Ali  berkata,  bot ronda polis marin semasa menjalankan tugas rondaan telah menahan sebuah bot penambang dan membuat pemeriksaan keatas seorang lelaki Palauh, berumur 31 tahun pada jam 8.30 malam.

“Pemeriksaan dilakukan dan saspek turut diminta untuk mengeluarkan barang di dalam poket seluar yang sedang dipakainya. Setelah saspek mengeluarkan satu dompet  dari dalam poket seluar pendeknya telah menemukan satu paket ketulan hablur putih jernih yang disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat lebih kurang 0.5 gram,” kata Mohamad Pajeri.

Turut dijumpai dua gulung aluminium foil, sebatang jarum dan satu pemetik api. Saspek ditahan dan dibawa ke pangkalan Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna sebelum diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Semporna untuk tindakan dan siasatan selanjutnya, tambah beliau.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 12(3) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya,” kata Mohamad Pajeri.