Cyrilla Loraine Colins John Johan MGM Pesta Magahau Zon Kudat 5019

Gimpuhut (Johan) MGM Pesta Magahau Zon Kudat 2019 Cyrilla Loraine Collins John  (tengah) bersama Marelvianvy Teofilus Naib Johan (Kanan) dan Lvianinah Mojium (Kiri)

Oleh: Nio James

KUDAT:  Cyrilla Loraine Collins John dinobatkan  sebagai Gimpuhut (Johan) Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM)  Pesta Magahau Zon Kudat 2019  yang diadakan di Dewan Terbuka Kg Masanggkong, semalam.

Marelvianvy Teofilis dan Lvianinah Mojium masing-masing muncul sebagai naib johan dan tempat ketiga.

Cyrilla Loraine Collins John juga dinobatkan sebagai Miss Popular  bagi Zon Kudat selepas mendapat undian terbanyak.

Stephanie Heng Lee Yun pula dipilih sebagai model of the year bagi kawasan Zon Kudat.

Mereka masing-masing akan mewakili Kudat bagi Johan, Simpang Mengayau bagi Naib Johan manakala tempat Ketiga mewakil Sikuati ke Pertandingan MGM Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 3 Ogos 2019.

Johan Monurizak (Pertandingan Nyanyian)  Raynel Botohong (tengah) bersama  Leffie Sawat  (Kiri) dan   Evalevera Ronald (Kanan).

Bagi Mitarab Mindolongoi (Monurizak- pertandingan nyanyian) johan dimenangi oleh  Raynel Botohong. Manakala  Leffie Sawat dan   Evalevera Ronald masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Mereka masing-masing akan mewakili Kudat, Simpang Mengayau dan Sikuati  ke Pertandingan / Mitarab Mindolongoi Peringkat Negeri.

Jose Modsinupu memukul gong  sebagai simbolik merasmikan Pesta Magahau Zon  Kudat 2019

Timbalan Presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah (Samora), Jose Modsinupu yang juga Pengerusi Penganjur Pesta Magahau Peringkat Negeri 2019 telah merasmikan majlis itu.

Turut hadir ialah Pengerusi MGM, Puan Ruhini Andong. Pengerusi Monurizak Charles Osingko,Pengerusi Monurizak Zon Kudat  Arhadshah Angkangon, Ahli Penel Penasihat Samora,  Majamil Tuarong,  Naib Presiden  Samora, Johori Botohong, Timbalan Pengerusi Pesta Magahau Zon Kudat, Rozan Bin Assam dan ahli jawatankuasa MGM Induk Pesta Magahau 2019.

Jose Modsinupu (empat dari kanan) menerima cenderamata daripada penganjur di majlis itu

Selain acara MGM dan Monurizak, sambutan tahun ini juga menyaksikan pengenalan acara baru iaitu Pertandingan Rekaan Sundatang bermotif rekaan Rungus dan pertandingan Monundatang (bermain Sundatang).

Selain Zon Kudat,  baki 2  zon lagi yang  akan mengadakan sambutan Pesta Magahau tahun ini, iaitu Zon Beluran ( 27Julai 2019) dan Zon Kota Marudu (28 Julai 2019).