Gimpuhut (Johan) MGM Pesta Magahau Zon Kudat 2019 Cyrilla Loraine Collins John (tengah) bersama Marelvianvy Teofilus Naib Johan (Kanan) dan Lvianinah Mojium (Kiri)
Oleh: Nio James
KUDAT: Cyrilla Loraine Collins John dinobatkan sebagai Gimpuhut (Johan) Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM) Pesta Magahau Zon Kudat 2019 yang diadakan di Dewan Terbuka Kg Masanggkong, semalam.
Marelvianvy Teofilis dan Lvianinah Mojium masing-masing muncul sebagai naib johan dan tempat ketiga.
Cyrilla Loraine Collins John juga dinobatkan sebagai Miss Popular bagi Zon Kudat selepas mendapat undian terbanyak.
Stephanie Heng Lee Yun pula dipilih sebagai model of the year bagi kawasan Zon Kudat.
Mereka masing-masing akan mewakili Kudat bagi Johan, Simpang Mengayau bagi Naib Johan manakala tempat Ketiga mewakil Sikuati ke Pertandingan MGM Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 3 Ogos 2019.
Johan Monurizak (Pertandingan Nyanyian) Raynel Botohong (tengah) bersama Leffie Sawat (Kiri) dan Evalevera Ronald (Kanan).
Bagi Mitarab Mindolongoi (Monurizak- pertandingan nyanyian) johan dimenangi oleh Raynel Botohong. Manakala Leffie Sawat dan Evalevera Ronald masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Mereka masing-masing akan mewakili Kudat, Simpang Mengayau dan Sikuati ke Pertandingan / Mitarab Mindolongoi Peringkat Negeri.

Jose Modsinupu memukul gong sebagai simbolik merasmikan Pesta Magahau Zon Kudat 2019
Timbalan Presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah (Samora), Jose Modsinupu yang juga Pengerusi Penganjur Pesta Magahau Peringkat Negeri 2019 telah merasmikan majlis itu.
Turut hadir ialah Pengerusi MGM, Puan Ruhini Andong. Pengerusi Monurizak Charles Osingko,Pengerusi Monurizak Zon Kudat Arhadshah Angkangon, Ahli Penel Penasihat Samora, Majamil Tuarong, Naib Presiden Samora, Johori Botohong, Timbalan Pengerusi Pesta Magahau Zon Kudat, Rozan Bin Assam dan ahli jawatankuasa MGM Induk Pesta Magahau 2019.

Jose Modsinupu (empat dari kanan) menerima cenderamata daripada penganjur di majlis itu
Selain acara MGM dan Monurizak, sambutan tahun ini juga menyaksikan pengenalan acara baru iaitu Pertandingan Rekaan Sundatang bermotif rekaan Rungus dan pertandingan Monundatang (bermain Sundatang).
Selain Zon Kudat, baki 2 zon lagi yang akan mengadakan sambutan Pesta Magahau tahun ini, iaitu Zon Beluran ( 27Julai 2019) dan Zon Kota Marudu (28 Julai 2019).

More Stories
20 Gurulatih Bingkasan sertai Hiking di Bukit Kopungit
65 Karya Dipamerkan di Pameran Kaligrafi GAH-UMS
Galeri Azman Hashim UMS Bantu Martabat Karya Seni Tempatan