Bot pam dengan telur penyu yang dirampas oleh Pasukan Polis Marin Sandakan pada awal pagi kelmarin.
Oleh Kahar Ali
SANDAKAN : Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan berjaya mematahkan cubaan menyeludup 7,000 biji telur penyu untuk dipasarkan kepada orang awam di daerah ini awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi, telur penyu yang dianggarkan bernilai RM12,600 itu telah ditemui di dalam ruang bot pam di kawasan Sungai Batu 2.
Komander Pasukan Polis Marin Sabah ACP Haji Mohamad Pajeri Ali berkata, ‘Rampasan telah dibuat oleh botronda PPM Sandakan ekoran maklumat risikan dan pemantauan Unit Risikan Marin (URM).
Hasil rondaan di kawasan berkenaan telah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk telur penyu untuk dipasarkan kepada orang awam apabila sebuah bot dengan kekuatan dua enjin pam telah memecut laju lalu terkandas di kawasan cetek di kawasan tersebut, katanya.
Pemeriksaan lanjut mendapati bot pam tersebut berisi 7,000 telur penyu dipercayai untuk dipasarkan kepada orang awam di sekitar pasar berkenaan. Bot pam ini dipercayai dari negara Filipina, kata beliau.
Bagaimanapun, Mohamad Pajeri menambah, juragan bot yang juga disyaki pemilik telur penyu itu telah bertindak melarikan diri selepas bot pamnya terkandas di kawasan air cetek.
Susulan itu, beliau berkata, bot pam dan muatan telur penyu yang dianggarkan berjumlah RM16,000 berkenaan dirampas dan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan bagi proses dokumentasi sebelum diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sandakan untuk tindakan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(4)(a) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 , dimana denda tidak kurang daripada RM50,000 dan tidak lebih daripada RM250,000 dan dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada 1 tahun dan tidak lebih daripada 5 tahun boleh dikenakan jika disabit kesalahan,” kata Mohamad Pajeri.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK