AMARAN  ANGIN  KENCANG  HINGGA 10  OGOS INI.

Pokok tumbang akibat angin kencang, membadai Di Kudat, kejadian Di jalan Lotong Kota Marudu petang tadi

By: Aissac Bjsim (BS)

Angin kencang berkelajuan 50-60 kilometer sejam  mulai membadai  kawasan  Kudat  Kota Marudu, Pitas dan Banggi. Penduduk diingatkan agar lebih berhati hati.

Laporan Jabatan Meteorologi yang dipetik  melalui laporan laman sesawang jabatan tersebut pada jam 6.00 petang tadi  memberi amaran  kategori tahap kedua dimana angin  kencang  dan laut bergelora dari arah barat daya  berkelajuan 50-60 kmsj dengan ombak  ketinggian sehingga  4-5 meter dijangka  dikawasan  perairan utara Reef North, utara Condore, Layang  Layangan  dan perairan pulau Palawan  sehingga Sabtu 10 Ogos 2019.

Jabatan berkenaan turut menasihati warga maritim mengenai taufan Lekima dikesan pada kedudukan 19.7 utara dan 128.0 timur, kira-kira 723 kilometer ke Tenggara Naha Jepun. “Pergerakan taufan adalah hampir pegun sehingga 126 kmsj dan boleh dirasai sehingga 1,867 kilometer ke timur laut Kudat, bagaimanapun tiada kesan signifikan pada negara,” katanya.

Sementara itu, pada rabu angin kencang beserta hujan yang turun seawal jam 4 pagi menerbangkan atap pejabat Imigresen Kudat.  Menurut Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II Mohd Saidi Tabin “ atap pejabat yang diterbangkan angina kemudiannya menghempap pondok kawalan Sabah Port dan tiada mangsa dilaporkan cedera”.

Di Pitas beberapa buah  rumah penduduk turut diterbangkan angin,  menurut salah seorang mangsa ribut dikenali sebagai Dahlan angin tiba-tiba bertiup kencang lalu  menerbangkan atap rumah kami petang kelmarin, nasib baik sempat  bersembunyi di bawah rumah.

Dua hari lepas  angin badai turut membadai sebuah bot di perairan Tanjung Berungus menyebabkan dua lelaki mati lemas manakala 2 lagi terselamat dan seorang wanita berumur 20’ belum dijumpai dari kejadian bot karam di perairan Tanjung Berungus, Pitas.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Sabah semasa dihubungi berkata tiada panggilan kecemasan membabitkan kejadian teruk diterima hanya panggilan berkaitan pokok tumbang masing-masing di Kuala Penyu, Penampang dan Kota Marudu.

Di Kota Marudu saksi  yang  kebetulan  berada di tempat kejadian John C. Mitah  yang melalui jalan tersebut  memberitahu   beritasabah.com  ketika  melalui  jalan  tersebut tiba-tiba pokok tumbang nyaris  mengenai  kereta  dan syukurlah  tidak mendapat kecelakaan.

John juga seorang  aktivis NGO  meminta   orang ramai, pelajar terutamanya agar  berhati-hati  ketika melalui jalan   banyak  pokok dan  selalu  memakai  penutup hidung  memandangkan angin kuat   meniup  bersama habuk dan debu yang mengancam kesihatan.