Pokok tumbang akibat angin kencang, membadai Di Kudat, kejadian Di jalan Lotong Kota Marudu petang tadi
By: Aissac Bjsim (BS)
Angin kencang berkelajuan 50-60 kilometer sejam mulai membadai kawasan Kudat Kota Marudu, Pitas dan Banggi. Penduduk diingatkan agar lebih berhati hati.
Laporan Jabatan Meteorologi yang dipetik melalui laporan laman sesawang jabatan tersebut pada jam 6.00 petang tadi memberi amaran kategori tahap kedua dimana angin kencang dan laut bergelora dari arah barat daya berkelajuan 50-60 kmsj dengan ombak ketinggian sehingga 4-5 meter dijangka dikawasan perairan utara Reef North, utara Condore, Layang Layangan dan perairan pulau Palawan sehingga Sabtu 10 Ogos 2019.
Jabatan berkenaan turut menasihati warga maritim mengenai taufan Lekima dikesan pada kedudukan 19.7 utara dan 128.0 timur, kira-kira 723 kilometer ke Tenggara Naha Jepun. “Pergerakan taufan adalah hampir pegun sehingga 126 kmsj dan boleh dirasai sehingga 1,867 kilometer ke timur laut Kudat, bagaimanapun tiada kesan signifikan pada negara,” katanya.
Sementara itu, pada rabu angin kencang beserta hujan yang turun seawal jam 4 pagi menerbangkan atap pejabat Imigresen Kudat. Menurut Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II Mohd Saidi Tabin “ atap pejabat yang diterbangkan angina kemudiannya menghempap pondok kawalan Sabah Port dan tiada mangsa dilaporkan cedera”.
Di Pitas beberapa buah rumah penduduk turut diterbangkan angin, menurut salah seorang mangsa ribut dikenali sebagai Dahlan angin tiba-tiba bertiup kencang lalu menerbangkan atap rumah kami petang kelmarin, nasib baik sempat bersembunyi di bawah rumah.
Dua hari lepas angin badai turut membadai sebuah bot di perairan Tanjung Berungus menyebabkan dua lelaki mati lemas manakala 2 lagi terselamat dan seorang wanita berumur 20’ belum dijumpai dari kejadian bot karam di perairan Tanjung Berungus, Pitas.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Sabah semasa dihubungi berkata tiada panggilan kecemasan membabitkan kejadian teruk diterima hanya panggilan berkaitan pokok tumbang masing-masing di Kuala Penyu, Penampang dan Kota Marudu.
Di Kota Marudu saksi yang kebetulan berada di tempat kejadian John C. Mitah yang melalui jalan tersebut memberitahu beritasabah.com ketika melalui jalan tersebut tiba-tiba pokok tumbang nyaris mengenai kereta dan syukurlah tidak mendapat kecelakaan.
John juga seorang aktivis NGO meminta orang ramai, pelajar terutamanya agar berhati-hati ketika melalui jalan banyak pokok dan selalu memakai penutup hidung memandangkan angin kuat meniup bersama habuk dan debu yang mengancam kesihatan.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ