POLIS KESAN SAKSI KES BUNUH UNTUK PERBICARAAN DI MAHKAMAH

SANDAKAN : Seorang saksi kes bunuh, diminta supaya hadir pada perbicaraan di Mahkamah Sandakan bermula 20 Ogos ini, oleh Polis Daerah Sandakan.

Saksi berkenaan dikenali sebagai ARAIBA BINTI HASHIM  ( MYPR : 720101-62-6670 ), Alamat terakhir: Bandar Kim Fung Batu 4, Sandakan.

Saksi penting itu perlu hadir untuk memberikan keterangan di mahkamah, bagaimanapun tidak dapat dikesan kerana berpindah ke tempat lain yang tidak diketahui.

Orang ramai yang mengenali saksi dan tahu kedudukan terkini saksi, agar segera berhubung dengan IPD Sandakan di talian 089 – 212 222.