Bot pam yang ditahan PPM Semporna cuba membawa 8 orang penumpang warga Filipina masuk ke negara ini secara haram
Oleh Faizal Rahman
SEMPORNA : Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna mencekup seorang juragan yang cuba membawa masuk 8 orang penumpang warga Filipina secara haram ke negara ini menggunakan sebuah bot pam kelmarin.
Bertindak dari maklumat Unit Risikan Marin Semporna, di kawasan laut Pulau Sisipan, dekat sini, Pasukan Polis Marin telah berjaya menahan perahu menggunakan enjin pam tersebut yang dijuragani oleh seorang lelaki Palauh dari Sitangkai, Filipina bersama 8 penumpang lebih kurang jam 7.00 pagi, kata Komander PPM Sabah ACP Haji Mohamad Pajeri Ali.
Hasil pemeriksaan semua penumpang mengaku datang dari Sitangkai, Filipina dengan membayar sejumlah wang sebanyak RM70 atau 3000 Peso Filipina kepada juragan. Pihak PPM juga mendapati terdapat beberapa wang Peso Filipina kepunyaan juragan dan penumpang serta barang-barang peribadi di dalam ruangan perahu yang dipercayai kepunyaan penumpang, kata Mohamad Pajeri.
“Kesemua penumpang datang dari Sitangkai Filipina iaitu 7 lelaki dan 2 perempuan lingkungan umur 65 tahun hingga 16 tahun. Turut dirampas sebuah perahu dan sebuah enjin pam serta beberapa barang pakaian peribadi mereka,” tambah beliau.
Rampasan dan tangkapan telah dibuat kerana melakukan kesalahan menyeludup migran dari negara jiran ke negara ini dibawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran(ATIPSOM) 2007 kerana menjalankan kegiatan penyeludupan migran dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 15 tahun atau denda atau kedua-duanya, katanya lagi.
Nilai keseluruhan rampasan termasuk mata wang Malaysia dan Filipina dianggarkan RM 7, 337.20, kata Mohamad Pajeri.
Beliau juga menambah, PPM Sabah sentiasa memerangi kegiatan penyeludupan manusia disamping melaksanakan tugasan harian menjaga keselamatan masyarakat maritim dan menguatkuasakan undang-undang yang berkuatkuasa.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK