UBAH PERSPEKTIF MASYARAKAT UNTUK CAPAI KECERMELANGAN,… Kerajaan Peruntukkan Rm300 Juta Baiki Sekolah

Oleh  Aissac Bjsim

KOTA MARUDU: Kecemerlangan  prestasi   dan peningkatan kualiti  pendidikan  membolehkan  suatu perubahan   drastik  serta dinamik  bagi sesuatu kaum dan  kelompok  masyarakat,  justru itu  dengan menguasai ilmu boleh mengubah taraf sosial ekonomi  itu sendiri.

Menteri Pelajaran Dan Inovasi Sabah Datuk Dr. Yusuf  Yakob (gambar) berkata, ibubapa, murid serta guru diseru agar dapat mengubah pendekatan baharu di dalam pemikiran dan mentaliti mereka agar dapat menjadikan ilmu pengatahuan  sebagai lonjatan dalam meraih kemajuan dan perubahan  ekonomi dan sosial.

Katanya, Sekolah  Nibang  dan yang lainya yang agak terpencil  umpama gedung ilmuan yang terus menyumbang kepada penghasilan sumber tenaga berkualiti tinggi maka tidak hairanlah suatu hari daerah Pitas yang  pernah dilabel sebagai kawasan paling miskin di Sabah dapat melahirkan banyak  insan  berpendidikan  tinggi yang sudah pastinya  boleh membantu menaikkan  taraf ekonomi dan sosial penduduk” katanya.

Katanya, Kementerian Pendidikan Malaysaia  KPM berkolaborasi dengan Kementerian Pendidikan dan Inovasi Sabah, di Sabah  terdapat  1,296 buah  sekolah dan  587 merupakan   sekolah daif  dan jika dibaiki memerlukan RM2.7 billon,  dan  tahun ini  sebanyak RM78 juta diluluskan bagi menganti  bangunan  daif  melalui kementerian kewangan  ,  daripada itu  sebanyak  RM300 juta  lagi   sudah diluluskan  pembinaan semula  91 sekolah  tidak selamat diduduki.

Sementara  itu  katanya,  kontraktor yang  gagal  menyiapkan  6  buah sekolah  terbengkalai  atau projek sakit  telah digantikan dengan kontraktor  yang baharu.

YB Datuk Dr. Yusuf (empat dari kiri) bersama dif-dif jemputan menyaksikan persembahan pentas

Dalam pada  itu  pendekatan  Kementerian Pendidikan dan Inovasi mahu  lebih banyak  penglibatan   pelajar  di dalam bidang kemahiran  vokasional, keusahawanan bagi mereka yang kurang cemerlang  dalam akedemik bagi menyediakan pasaran  pekerja mahir di dalam negeri Sabah pada masa terdekat.

Katanya, di Sabah terdapat sejumlah ramai dikalangan graduan yang tidak  mendapat  kerja kerana  tidak memenuhi  pasaran keperluan  tenaga kerja, dan kementeriannya amat  komited dengan  masalah  bagi  ramai  graduan  menganggur.

“Sekolah, guru  dan murid  dan ibubapa merupakan  elemen penting bagi menghasilkan pelajar yang berketerampilan, berinovasi dan berkemampuan  berfikir aras tinggi  dan  pelajar yang  mendapat  sekurang kurangnya 7A  SPM  boleh memohon  biasiaswa  kerajaan negeri  untuk melanjutkan pelajaran ke university atau ke  IPTA ” katanya.

Dr. Yusuf  berkata pada majlis  mini kanival  pendidikan  di  SK Nibang  65 km  dari  Kota Marudu  berkata yang dihadiri  lebih  300  terdiri daripada masyarakat setempat  “Saya yakin jika murid murid diberikan motivasi, pendedahan  dilatih untuk mengamalkan kemahiran berfikir  tidak mustahil akan memiliki sumber manusia yang mampu bersaing diperingkat global dan boleh membangunkan negeri ini dan  sekaligus boleh menikmati hasil  kekayaan negeri ini sama rata” katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut  Pembantunya Mohammad Mohammarin, ahli dewan ADUN N.3 Pitas Datuk Bolkiah, ahli dewan DUN N.5 Tandek Datuk Anita Baranting, Pegawai Pendidikan Pitas Abd.Ghani Hayun,  Setiausaha  Politiknya  Rafli Idris, Ketua Bahagian Warisan Kota Marudu Majamis @Hj.Jeffery Timbong dan guru-guru besar tujuh buah sekolah.

Dr Yusuf ketika meninjau pameran sempena Mini Kanival  Pendidikan  di  SK Nibang

Dr. Yusuf yang juga ahli  dewan DUN  N.28  Sindumin,  berkata  SK Nibang merupakan salah sebuah sekolah daif   mempunyai  65  oran pelajar  dan 4 orang pelajar    tahun 6 , pada masa yang sama  beliau  memberikan   kelulusan bagi   menaik taraf jalan  raya sejauh  kira kira 300 meter   menghubungkan  jambatan  sungai Nibang ke kawasan sekolah  dan  pembinaan paip bawah tanah yang dianggarkan RM20,000.

Sementara itu Pegawai Pendidikan Daerah Pitas Abd. Hamid Hayon berkata,    walaupun  UPSR  tahun lalu agak menurun namun dengan adanya usaha seumpama itu diharap pada tahun ini  akan dapat mengubah  kedudukan dan bukan lagi  kedudukan yang tersorot di Sabah.

Katanya, dengan komitmen  yang ditunjukkan para guru dalam melahirkan  para pelajar  yang  suatu ketika dahulu dimana kawasan   zon  2  Pitas meliputi  SK  Kibubuk/SK Sahabat, SK Pinapak, SK Mandurian, SK Pandan Mandamai dan SK Nibang  begitu  sinonim dengan   kawasan luar bandar yang agak ketinggalan tidak mustahil sekiranya  pendekatan yang dibuat  secara kreativiti dan inovasi  impian  tersebut akan menjadi kenyataan.

Pada  majlis itu  sebanyak 110 orang calon UPSR telah mengikuti  seminar motivasi  selama dua hari  yang datang dari  tujuh buah sekolah berhampiran, empat  mata pelajaran utama  telah    disampaikan  oleh penceramah khas  yang bolehkan   calon calon lebih bersedia menjawab soalan serta menguatkan keyakinan diri sebelum menduduki ujian tersebut.