[ad_1]
Sultan Abdullah tiba di Kompleks Majlis Islam Sarawak pada pukul 9.05 pagi dan turut mengiringi keberangkatan baginda ialah Yang DiPertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Keberangkatan tiba Sultan Abdullah dimulakan dengan sesi taklimat disampaikan oleh Yang Dipertua MIS, Datuk Misnu Taha diikuti dengan watikah pelantikan Yang Dipertua MIS, Mufti Negeri dan Anggota-Anggota MIS.
Baginda meluangkan masa selama hampir sejam di MIS dan seterusnya Sultan Abdullah akan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Hana, Petra Jaya.
Ini adalah lawatan sulung baginda ke Sarawak setelah Sultan Abdullah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan lepas.
Yang di-Pertuan Agong adalah ketua agama Islam bagi Pahang dan negeri-negeri tidak beraja iaitu Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar