[ad_1]
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata semua perkara yang berkaitan sudah dimuktamadkan kecuali data penerima yang kini dalam proses kemas kini.
“Apabila proses itu (data penerima) selesai, kerajaan boleh sahaja umumkan pelaksanaan subsidi bersasar ini supaya berlaku penjimatan dan ia boleh digunakan untuk tujuan yang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan ‘Seminar On Energizing Sustainable Development Goals: for People, Ecosystem and Planet’ di Universiti Malaya, hari ini. Turut hadir Naib Canselor UM, Datuk Dr Nik Abdul Rahim Hashim.
Rakyat Malaysia dianggar menggunakan kira-kira 1.2 bilion liter petrol sebulan dengan 90 peratus daripadanya ialah RON95 bersubsidi, manakala selebihnya RON97.
Pada Februari lepas, kerajaan mengumumkan harga petrol RON95 dihadkan pada kadar RM2.08 untuk semua pengguna tanpa mengira kenaikan harga minyak global.
Dalam pada itu, Saifuddin Nasution berkata Rang Undang-Undang Pembaziran Makanan dijangka dibentangkan di Parlimen menjelang akhir tahun ini.
Beliau berkata penyediaan RUU berkenaan telah siap 75 peratus manakala baki 25 peratus lagi ialah perincian akhir dengan Kementerian Kewangan berhubung pengecualian cukai kepada penderma.
“…berdasarkan taklimat oleh penasihat perundangan, kita berada di landasan yang betul dan diharapkan menjelang akhir tahun ini kita boleh bentangkannya di Parlimen,” katanya.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar