Oleh : Aissac Bjsim
KOTA MARUDU: Satu larian amal kesihatan anjuran Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) blok Goshen 2019 akan diadakan di kawasan sekitar kampung Goshen pada hari Ahad 20 Oktober ini.
Pengerusi Penganjur kelab Usahawan AIM Sobilin Gungkas (Gambar) berkata, acara yang julung kalinya diadakan ini adalah sempena memperingati ulang tahun Jubli Perak penubuhan AIM yang pertama di daerah ini disamping memberikan kesedaran kesihatan dikalangan ahli dan para sahabatnya yang bernaung dibawa AIM.
Acara ini diadakan dengan kerjasama semua blok, Sahabat, serta badan MPKK, Klinik Kesihatan , Polis Diraja Malaysia serta masyarakat setempat.
“Orang ramai serta peminat sukan larian masih boleh mendaftar pada petang hari terakhir iaitu pada 19 Oktober ini sempena penyerahan bip no kepada para peserta yang mendaftar awal di Balai Raya/Astaka padang kampung Goshen dengan bayaran yuran RM55.00 seorang dan RM50.00 bagi yang berkumpulan.” katanya.
Katanya, program dinamakan ‘Run For Healthy AIM’ sejauh 8 kilometer dibahagikan kepada dua kategori iaitu lelaki dan wanita junior berumur 18 tahun kebawah dan terbuka 19 tahun keatas.
Peserta yang mendaftar awal akan mendapat sehelai baju T, medal serta juga berpeluang memenangi cabutan tiket bertuah.
Sobilin yang juga ketua blok AIM Goshen berkata, objektif program sambutan AIM memperkenalkan blok Goshen antara blok yang mempunyai keahlian teramai dan juga paling aktif menjalankan aktiviti perniagaan selain menjadikan blok Goshen sebagai peneraju program menjaga kesihatan di kalangan ahlinya.
Orang ramai yang berminat boleh menghubungi Aini Kait 010 582 5277, Addyana Adangku 011 5259 9024 atau Harzan Rak ditalian no. 010 787 3047, Elty Duasa 01125265921 dan belia sendiri Sobilin Gungkas

More Stories
Pasukan Tommy Hardware juara Pertandingan Open Double Dart Challenge
Izzuddin-Sze Fei cipta kejutan ke final BAC
Belum ada keputusan rasmi pengisian slot pemain import terbaharu – Kim Swee