KOTA KINABALU: Presiden Pertubuhan Orang Seni Tempatan Sabah (POST’s) Janrywine J Lusin berkata ‘Anak Seni Sabah’ memerlukan seorang wakil pembawa suara lantang diperingkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan Dewan Rakyat bagi memastikan golongan berkenaan terus terbela.
Beliau berkata wakil pembawa suara berkenaan tidak semestinya daripada kalangan ahli politik yang sedia ada di negeri ini.
“Kita tidak perlu ahli politik, tapi kita perlu anak seni yang tahu berjuang dalam politik. Kerana kita tahu, kita juga boleh menjadi pemain utama dalam membentuk identiti bangsa dan menjana kemakmuran ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata berdiri diatas tapak kaki sendiri sudah sinonim dalam kehidupan harian Anak Seni di negara ini.
“Khususnya bagi anak seni di Sabah, satu-satunya negeri yang banyak menghasilkan bakat-bakat luar biasa dan luar jangkaan ramai.
“Namun bagi saya yang sudah berkecimpung dalam industri ini sejak 20 tahun lepas, ini jelas dan nyata memberi isyarat bahawa pejuang seni sehingga kini masih berjuang ‘bersendirian’ dan juga bakal ‘mati’ bersendirian,” katanya.
Janrywine berkata beberapa bulan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan Covid-19 pelbagai keluhan anak seni yang terkesan pada punca rezeki, begitu juga tohmahan demi tohmahan keatas nilai yang diraih hasil kerjaya ini dari pelbagai sudut pandang natizen.
“Namun pada masa yang sama tidak ada satu badan berdaftar pun yang sanggup mendepani secara mutlak keatas tanggapan liar ini, melainkan insan yang bergelar seniman itu juga yang terpaksa mendepani sekaligus dipersalahkan.-http://beritasabah.com
More Stories
Seramai 650 pendatang asing tanpa izin dihantar pulang dari sandakan
Wanita cedera kereta terbabas ke dalam gaung
Dakwa warga China kerja tanpa permit, pengusaha pelancongan tempatan di Semporna lapor polis