Oleh: Cyn J.
PETALING JAYA, 23 April – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan apa yang berlaku selepas beliau membuat pengumuman memiliki majoriti meyakinkan untuk mengambil ahli Kerajaan Persekutuan dua tahun lepas di hotel Le Méridien, Kuala Lumpur.
Anwar berkata, beliau berkongsi peristiwa tersebut dan menegaskan beliau mempunyai sokongan mencukupi yang ditawarkan oleh ketua-ketua parti politik tanah air ketika pengumuman dibuat.
“Bila saya sebut convincing, formidable (majority) biar pun diperolok-olokkan, itu berdasarkan surat ketua-ketua parti yang memang jumlahnya itu convincing and formidable. Itu 2 tahun lalu, saya pertahankan surat itu ada.
“Keduanya, apakah langkah diambil? Itu ada kesepakatan tetapi dasarnya tidak boleh dikompromi. Kita tolak perkauman sempit, rasuah, tadbir urus dan pimpinannya juga diberi syarat supaya jangan orang hijack di tengah jalan sebagaimana yang pernah berlaku.
“Saya beritahu, kali pertama saya sebut itu, ketua-ketua parti beri pengesahan. Kali kedua itu ada kemajuan tetapi saya berikan satu garis yang jelas, boleh diubah suai sedikit dasar tetapi tadbir urus negara perlu diselamatkan dari kebobrokan kepimpinan yang mengaut kekayaan atau rasuah,” kata Anwar dipetik dalam wawancara media.
Sementara itu, Anwar turut menegaskan bahawa dakwaan yang menyatakan beliau mengalah kepada pimpinan parti lain untuk syarat-syarat tertentu adalah tidak benar, kerana prinsip beliau tegas dalam hal-hal tata kelola dan itu tidak dikompromi.
“Kalau orang bangkit pasal mengalah, apa mengalah. Apa saya tak setuju, bahawa menjamin orang yang terdakwa dan terkait rasuah dilepaskan.
“Itu saya tegas tidak bersedia. Walaupun bermakna saya tidak dapat menjadi PM,” katanya.
Namun, akibat tidak bersedia untuk berkompromi dalam hal-hal yang melibatkan badan perundangan, akhirnya rundingan tersebut berakhir dan ‘Langkah Meridien’ tidak menjadi kenyataan.
“Paling tegas saya lakukan ialah tidak bersedia untuk campur tangan urusan badan kehakiman yang semestinya bebas dan berwibawa kerana kita ada pengalaman dengan badan kehakiman. Ini syarat saya.
“Kalau disenangi pendirian saya ok, kalau tak terima, itu masalah mereka. Syarat itu dari awal, dalam beberapa perbincangan saya tidak pernah berganjak.
“Kerana syarat itulah saya gagal menjadi PM tetapi saya tidak boleh khianat amanah rakyat,” tambah Anwar.
Terdahulu, pengumuman di hotel Le Méridien telah dilakukan sebanyak 2 kali pada September 2020 dan Oktober 2020 namun tiada usaha yang ketara untuk memeriksa majoriti yang dimiliki Anwar.
Bagaimanapun kerajaan Perdana Menteri Mahiaddin Yassin tumbang pada Ogos 2021 apabila plot kluster mahkamah UMNO berjaya meyakinkan Yang di-Pertuan Agong dengan pengumuman penarikan sokongan oleh beberapa Ahli Parlimen dan menafikan majoriti tipis dimiliki Mahiaddin.

More Stories
Calon UPKO Norfadzlina Ramsah terbaik wakil rakyat baharu DUN Labuk
Tanjung Aru Voters at the Heart of Dennison Indang’s Vision for Change
A strategic discussion in Malaysia’s Sabah