TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas 372 karton rokok bernilai RM16,000 yang cuba diseludup masuk ke negeri ini menerusi perairan Tinagat, dekat sini, hari ini.
Bagaimanapun, juragan bot pam berjaya meloloskan diri dengan bertindak terjun ke laut dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu.
Dalam kejadian itu, sepasukan anggota Maritim Malaysia yang melakukan rondaan mengesan pergerakan sebuah bot pam di perairan berkenaan.
Pengarah Zon Maritim Tawau Kepten V Siva Kumar, berkata sebaik dihampiri, juragan bot terbabit terjun ke laut dan berenang di tepi pantai sebelum menghilangkan diri.
“Pemeriksaan lanjut ke atas bot pam kemudian menemui bungkusan hitam berisi rokok dipercayai diseludup dari negara jiran untuk pasaran tempatan.
“Jumlah keseluruhan rampasan termasuk enjin dan bot dianggarkan RM22,000,” katanya di sini, hari ini.
Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967.-http://beritasabah.com

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK