Ahmad Zahid (tengah) bersama Bung Mokhtar (4 dari kiri) bersama pemimpin UMNO pusat dan Negeri selepas majlis perasmian Konvensyen UMNO Sabah.
Oleh: Nio James
KOTA KINABALU: Jawatankuasa pengurusan, biro politik dan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO telah memperhalusi untuk disahkan kewujudan autonomi UMNO di Sabah dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada 13 November tahun ini.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kewujudan UMNO Sabah sebagai sebuah entiti politik yang berautonomi akan dimaktubkan didalam perlembagaan UMNO yang akan dibina dan disahkan dalam PAU.
“Manakala peraturan-peraturan didalam UMNO juga akan turut disahkan didalam PAU,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen UMNO Sabah, di Bangunan UMNO Sabah, disini kelmarin.
Ahmad Zahid berkata, Konvensyen UMNO diadakan di seluruh Negara, dan UMNO Sabah dipilih sebagai negeri pertama mengadakan konvensyen ini sebagai satu pengiktirafan dan keutamaan kepada UMNO Sabah yang telah disersetujukan didalam PAU yang lalu.
Beliau berkata, sudah tentu autonomi kepada UMNO Sabah adalah peluang terbaik untuk kepimpinan parti itu di negeri ini serta kepimpinan empat peringkat bahagian dan cawangan-cawangan untuk menterjemahkan bahawa UMNO Sabah komited untuk menghidangkan `new deal’ kepada seluruh rakyat Sabah.
Beliau berkata, bagi menentukan bahawa UMNO Sabah komited bersama-sama dengan parti-parti komponen yang ada dan penyatuan ummah yang telah dijalankan serta parti-parti lain yang akan turut serta bagi memberikan tawaran baru apabila tiba waktunya kelak.
Oleh yang demikian katanya, konvensyen yang diadakan itu tentunya akan memperincikan susun atur gerak kerja yang akan dilaksanakan oleh UMNO Sabah dan terus diperhalusi bagi pelaksanaannya untuk tiap-tiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri melalui Pusat Daerah Mengundi (PDM) cawangan-cawangan UMNO di seluruh Sabah bersama-sama dengan parti-parti yang lain yang bersama-sama dengan UMNO.
“Saya amat yakin dengan kepimpinan di peringkat Nasional dan bahagian-bahagian di seluruh Sabah bagi merealisasikan rumusan yang ada dalam konvensyen UMNO Sabah,” katanya.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan dan seluruh kepimpinan UMNO Sabah terutama Datuk Raimee Ungi, selaku pengerusi penganjur
konvensyen UMNO Sabah.
Beliau berkata, kejayaan penganjuran konvensyen itu merupakan satu mercu tanda kepada kejayaan konvensyen-konvensyen UMNO di negeri-negeri yang lain.
“Tapak konvensyen pada hari ini akan menjadi panduan kepada rumusan-rumusan di negeri lain yang tentunya mengambilkira lanskap di negeri-negeri yang berkenaan,” katanya.
Maka katanya, untuk acuan lanskap politik di negeri Sabah hanya orang Sabah yang mengetahui apa yang perlu dilakukan oleh kepimpinn UMNO Sabah untuk dihidangkan kepada kumpulan sasaran rakyat Sabah keseluruhannya.
Ahmad Zahid berkata, oleh kerana Sabah mempunyai potensi yang cukup besar bersama-sama dengan Sarawak, apa tak lagi Borneo atau Kalimantan, dimana kita tahu bahawa Sabah dan Sarawak adalah merupakan sebahagiandaripada tanah Borneo, dimana potensi yang harus digandingkan ini harus dijadikan sebagai sumber utama untuk dipulangkan kembali kepada rakyat Sabah dan rakyat Sarawak.
Oleh yang demikian katanya, kepimpinan tertinggi UMNO amat komited untuk memparakukan rumusan-rumusan yang akan dibuat pada hari ini, dan konvensyen ini cukup penting, bukan hanya sekdar rumusan diatas kertas tetapi untuk dilaksanakan.
“Saya amat yakin dengan kesatupaduan kepimpinan diperingkat negeri, bahagian, PDM dan cawangan-cawangan di Sabah bersama dengan parti-parti yang lain berjalan akan memihak kepada UMNO,” katanya.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Saya tidak setuju dengan Harris Salleh – Ewon
Jangan Kelirukan Rakyat Tentang Tuntutan Hak 40 Peratus – Madius