Wanita UMNO Sabah lancar Insuran Kebajikan

Yakub (2 dari kiri) melancarkan Insuran Kebajikan Wanita UMNO Sabah. Turut kelihatan Noraini (3 dari kiri). Tajudin (2 dari kanan) dan Jainab (kanan)

Oleh: Nio James

KOTA KINABALU: Pergerakan Wanita UMNO Negeri Sabah melancarkan Insuran Kebajikan khusus untuk golongan wanita.

Program kebajikan itu dilancarkan serentak dengan program Kembara Jalinan Rakyat oleh Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan, dalam majlis perjumpaan tertutup bersama Wanita UMNO Sabah, di Hotel Tang Dynasty, disini kelmarin.

Turut hadir Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia Datuk Seri Tajudin Abd Rahman, Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Noraini Ahmad dan Ketua Wanita UMNO Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Bercakap pada sidang media kemudian, Noraini berkata, insuran kebajikan itu adalah inisiatif Wanita UMNO Sabah dalam membantu menjaga kebajkan wanita.

“Kita mengalukan apa yang ditawarkan oleh Wanita UMNO Sabah kepada masyarakat B40 yang layak, “katanya.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Wanita UMNO Sabah yang sentiasa prihatin memberikan bantuan kepada yang memerlukan.

Yakub, Noraini, Tajudin dan Jainab bergambar dengan pemimpin wanita UMNO Sabah

“Walaupun UMNO kini dalam pembangkang, kita tidak pernah mengenepikan wanita dari segi kebajikan dan keprihatinan.

Ini fokus utama kita selain menjalankan keja-kerja sebagai pembangkang di Malaysia, ” kata Noraini.

Semantara itu, Jainab berkata, insuran kebajikan merupakan satu konsep baru dalam menjaga kebajikan wanita.

“Walaupun insuran ini tertumpu kepada wanita tetapi ia tidak terhad kepada wanita tetapi untuk masyarakat keseluruhan.

Katanya, insuran itu hanya berharga RM30 untuk satu tahun dan meliputi kes kemalangan dan sebagainya.

“Sesipa sahaja boleh memohon selain ahli UMNO, ” katanya.