[ad_1]
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata daripada jumlah itu, 250 pegawai merupakan kaum Melayu, Cina (3), India (13) dan lain-lain, enam orang.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk L. Manickam (BN-Jeram Padang) yang mahu tahu jumlah penjawat awam kontrak kategori Contract For Service (CFC) dan Contract Of Service (COF) yang masih bekerja di bawah SUK dan agensi mengikut kaum serta tempoh berkhidmat.
Mengulas lanjut, Aminuddin berkata sebanyak 14 daripada pegawai terbabit telah berkhidmat melebihi 15 tahun.
Menjawab soalan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Gemencheh) mengenai kekosongan dalam agensi perkhidmatan awam di negeri ini, Aminuddin berkata bagi tahun ini, kerajaan negeri bercadang membuat pengambilan baharu bagi mengisi 342 kekosongan meliputi pelbagai gred dan skim.
“Bagaimanapun, kerajaan negeri tertakluk dengan proses dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
“Kerajaan negeri tidak bercadang untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam sedia ada dan sehingga Mac 2019, tiada kakitangan yang telah ditamatkan perkhidmatannya, ” katanya.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar