[ad_1]
Bagaimanapun katanya, kerajaan masih perlu mengkaji sebelum membuat keputusan yang akan menentukan masa depan syarikat penerbangan itu.
“Ada pihak-pihak tertentu yang ingin membeli MAS (MAB) jadi kita tidak tolak. Kita nak kaji sama ada perlu jual ataupun tidak,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata ini kerana syarikat itu tetap mengalami kerugian sekalipun telah mengambil pengurus luar.
Ditanya mengenai saranan bekas pemimpin syarikat itu yang mahukan MAB kekal bawah kerajaan, Dr Mahathir berkata perkara tersebut turut akan ditimbang.
“Saya sayang MAS, saya mahu MAS ini dijadikan satu syarikat penerbangan nasional tetapi nampak seolah-olah kita tidak mampu,” katanya.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar