[ad_1]
CYBERJAYA 9 Mac (Bernama) — Cadangan untuk mewujudkan kaukus isu pembebasan rakyat Palestin dalam sidang Parlimen, akan dibawa ke mesyuarat Kabinet minggu depan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.
Beliau berkata kaukus itu akan membolehkan Malaysia turut sama memperjuangkan keamanan di seluruh dunia menerusi pembabitan badan bukan kerajaan (NGO) daripada cengkaman rejim Zionis.
“Memandangkan Malaysia telah meratifikasikan Statut Rom, kita boleh memperjuangkan keamanan seluruh dunia melalui platform NGO seperti Humanitarian Care Malaysia (MyCare).
“Secara tidak langsung, ia boleh diangkat sebagai platform untuk perjuangan pembebasan Palestin yang telah lama ditindas dan hidup mereka terseksa,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis penutup kempen global #KitaSemuaMaryam, di sini hari ini.
…..
[ad_2]

More Stories
Baca@Borneo Gerakkan Budaya Ilmu, Perpustakaan Jadi Pemangkin Inovasi dan Komuniti
Hormati Hari Ibadah: Madius Seru SPR agar Penamaan Calon dan Hari Mengundi Selaras Prinsip Rukun Negara
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu