[ad_1]
Meor Ikram Addnan, 32, berkata anaknya Muhammad Aakif Iskandar disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini kira-kira 6.55 petang.
Menurutnya, dia menghantar anaknya ke hospital berkenaan setelah dimaklumkan oleh pengasuh bahawa anak bongsu daripada tiga beradik itu lemah dan tidak bermaya kira-kira 6 petang.
“Masa saya ambil anak di taska kira-kira 6.10 petang, anak saya dah tak sedar, badan lembik, kaki tangan semua pucat. Saya terus bawa ke bahagian kecemasan HRPB.
“Doktor sedaya upaya untuk selamatkan anak saya tetapi denyut nadi, jantung otak semua dah berhenti dan anak saya disahkan meninggal dunia kira-kira 6.55 petang, ” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, HRPB di sini hari ini.
Menurutnya anak bongsunya itu berada dalam keadaan sihat dan hanya hidung berair kerana selesema sebelum dihantar ke taska berkenaan.
…..
[ad_2]

More Stories
Baca@Borneo Gerakkan Budaya Ilmu, Perpustakaan Jadi Pemangkin Inovasi dan Komuniti
Hormati Hari Ibadah: Madius Seru SPR agar Penamaan Calon dan Hari Mengundi Selaras Prinsip Rukun Negara
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu