BERNAMA.com – Golongan belia paling ramai terlibat salah guna dadah

[ad_1]

BANGI, 30 April (Bernama) — Seramai 85,575 orang belia yang berumur antara 19 hingga 39 tahun dikesan menjadi penagih dadah bagi tahun 2014 hingga 2018, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata jumlah itu adalah daripada 116,206 orang penagih dadah yang dikesan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi tempoh lima tahun berkenaan.

“Golongan belia adalah golongan yang paling ramai terlibat penyalahgunaan dadah. Jika ia tidak dibendung, negara kita akan mengalami kerugian tenaga belia.

“Mereka (golongan belia) yang seharusnya produktif membangunkan negara, terpaksa menanggung pelbagai masalah sosial akibat penyalahgunaan dadah, ” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan di Dewan Seri Akasia, Ibu Pejabat AADK, di sini.

— BERNAMA

[ad_2]