[ad_1]
KUCHING, 4 April (Bernama) — Kementerian Pendidikan percaya ketika ini hanya 14 peratus daripada kanak-kanak berkeperluan khas dalam negara mendaftar di sekolah-sekolah kerajaan.
Timbalan menterinya Teo Nie Ching berkata angka itu boleh dianggap rendah, memandangkan mengikut anggaran Pertubuhan Bangsa-bandsa Bersatu 10 peratus daripada setiap negara di seluruh dunia terdiri daripada mereka yang berkeperluan khas.
“Oleh itu bagi kami amat penting untuk menggalakkan para ibu bapa menghantar anak-anak berkeperluan khas ke sekolah, supaya kita dapat pastikan bahawa mereka juga diberi peluang untuk mendapat pendidikan di sekolah-sekolah kerajaan,” katanya dalam sidang media selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bintawa di sini hari ini.
…..
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar