[ad_1]
Beliau berkata seksyen tersebut iaitu peruntukan untuk melarang penukaran agama anak tanpa persetujuan bersama ibu bapa telah digugurkan daripada Rang Undang-undang (RUU) Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 kerana bercanggah dengan peruntukan di bawah Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.
“Ini adalah selaras dengan pandangan Jabatan Peguam Negara bahawa Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa agama individu berumur bawah 18 tahun boleh ditentukan secara unilateral oleh ibu, bapa atau penjaga,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) yang ingin tahu bentuk kajian yang sedang dilakukan kerajaan berkaitan Fasal 88A.
Berhubung dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi pada 2018, Muhyiddin berkata kementeriannya sedia maklum mengenai pembatalan penukaran agama secara ´unilateral conversion´ bagi lima individu berumur bawah 18 tahun.
“Sehubungan dengan itu, cadangan untuk memasukkan Seksyen 88A telah diteliti semula bersama dengan Jabatan Peguam Negara.
“Hasil penelitian tersebut menyimpulkan bahawa Mahkamah sebagai Badan Kehakiman mempunyai kebebasan untuk mentafsirkan sesuatu peruntukan perundangan dan keputusan Mahkamah Persekutuan akan mengikat keputusan mahkamah bawahan,” kata Muhyiddin.
…..
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar