[ad_1]
“Sebagai contoh saya sebutkan tadi dalam ucapan pembentangan Kertas Putih FELDA, pada tahun lepas, mereka (FELDA) terpaksa melunaskan RM1.4 bilion kepada institusi kewangan, manakala pada tahun ini (sehingga hujung tahun) kita terpaksa membayar RM2.5 bilion.
“Kedudukan ini tidak membolehkan FELDA maju ke hadapan. Oleh sebab itu, antara cadangan kita kepada kerajaan ialah memberikan jaminan bagi menstrukturkan semula pinjaman dengan institusi kewangan yang terlibat,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Azmin berkata aset-aset yang tidak strategik itu akan melalui proses pembidaan untuk mendapatkan nilai terbaik bagi setiap aset yang akan dicairkan.
Sementara itu, Azmin berkata dengan adanya pengurusan dan kepimpinan baharu, diharapkan dapat mengembalikan keyakinan peneroka FELDA serta mengukuhkan kembali kedudukan FELDA dalam tempoh lima tahun.
Terdahulu Azmin membentangkan Kertas Putih ‘Ke Arah Kelestarian FELDA’ untuk bacaan kali pertama di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.
— BERNAMA
[ad_2]

More Stories
Baca@Borneo Gerakkan Budaya Ilmu, Perpustakaan Jadi Pemangkin Inovasi dan Komuniti
Hormati Hari Ibadah: Madius Seru SPR agar Penamaan Calon dan Hari Mengundi Selaras Prinsip Rukun Negara
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu