[ad_1]
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rancangan itu adalah untuk memastikan parameter kawalan risiko yang lebih ketat bagi penerbitan Jaminan Kerajaan, akses pasaran yang lebih baik dan mengenal pasti peluang potensi penjanaan wang daripada aset.
“Prinsip panduan utama bagi menjana wang daripada mana-mana aset kita adalah pelupusan atau penjanaan wang tidak boleh dilakukan pada harga diskaun yang sangat tinggi, dan sebarang penjualan saham, penjanaan wang daripada aset, lelongan atau langkah-langkah lain akan dilakukan secara teratur dan disampaikan secara bersepadu di seluruh entiti pelaksana.
“Tidak akan ada gangguan kepada pasaran modal, keyakinan terhadap pasaran kewangan, persekitaran penarafan dan pertumbuhan ekonomi, ” katanya dalam ucap tama beliau semasa acara Invest Malaysia 2019, di sini, hari ini.
Perdana Menteri juga menegaskan bahawa bukan menjadi hasrat kerajaan untuk GLC bersaing dengan sektor swasta.
“Hasrat kita adalah agar GLC memainkan peranan pemangkin untuk menyokong ekonomi. Kita ingin mempelawa sektor swasta menyertai GLC dalam usaha memenuhi sebahagian daripada agenda ekonomi kebangsaan, ” kata Dr Mahathir.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar