[ad_1]
Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini sebagai reaksi terhadap sesi wawancara oleh media kewangan, Bloomberg yang dihoskan oleh David Ingles bersama tetamu jemputan, Ketua Pegawai Pelaburan Serantau UBS Global Wealth Management, Kelvin Tay pada 11 April lepas.
“Tay berhujah (mendakwa) bahawa Malaysia mempunyai defisit akaun semasa. Ini amatlah membimbangkan kerana Malaysia selama ini berbangga sebagai sebuah ekonomi dengan mencatat lebihan akaun semasa yang mana nilai eksport kita melebihi import dan menjadi antara kelebihan utama negara ini.
“Sebagai contoh pada 2018, Malaysia mencatat lebihan akaun semasa pada 2.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Memandangkan paras lebihan dagangan Malaysia berada pada paras yang baik setakat ini, negara akan kekal mempunyai lebihan akaun semasa untuk 2019, ” tegas Pua.
Beliau berkata, Malaysia bagaimanapun mencatat defisit fiskal sederhana yang merupakan sesuatu yang lazim untuk mana-mana negara membangun.
Pada 2018 misalnya, ia berada pada kadar 3.7 peratus daripada KDNK dan dijangka berkurangan kepada 3.4 peratus pada tahun ini, katanya.
Malah Menteri Kewangan Lim Guan Eng turut mengunjurkan defisit fiskal Malaysia akan terus susut kepada 3.0 peratus pada 2020 dan kurang 2.8 peratus untuk 2021.
Pua turut menyangkal dakwaan Tay bahawa hasil sumber minyak merupakan 30 peratus daripada KDNK Malaysia.
“Ini merupakan fakta yang salah. Malaysia dikenali oleh kalangan komuniti pelaburan sebagai negara dengan ekonomi yang pelbagai,” katanya.
Sebagai contoh, beliau berkata, sektor perlombongan (termasuk sektor minyak dan gas asli), pembuatan dan perkhidmatan masing-masing menyumbang sebanyak 7.9 peratus, 23 peratus dan 55.5 peratus kepada KDNK pada 2018.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar