[ad_1]
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata langkah itu mendapat sokongan Raja-Raja Melayu yang menjadi penaung kepada pelbagai cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Mereka (Raja-Raja Melayu) amat mengalu-alukan langkah itu kerana penganugerahan ini boleh disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
“Jika hendak memakai pangkat dan sebagainya dalam kalangan orang awam ia perlu menjalani latihan ketenteraan seperti melalui pasukan Askar Wataniah dan bukan dianugerahkan melalui orang-orang politik, ” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Jalan Padang Tembak, di sini.
Mohamad berkata ia dihentikan bagi menghormati jasa serta pengorbanan tentera yang telah bersusah payah berkhidmat dan mengelak pangkat dan gelaran pasukan itu direndahkan.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar