[ad_1]
Perdana Menteri berkata ini bagi memastikan pasukan benteng keselamatan negara itu mempunyai kelengkapan yang sesuai dan terkini.
“Kerajaan prihatin terhadap keperluan pasukan polis untuk meningkatkan keupayaannya terutama pada masa kini di mana beban tugas yang semakin mencabar,” katanya dalam amanatnya pada majlis sambutan Peringatan Hari Polis ke-212 di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Ismail Bakar, Peguam Negara Tommy Thomas dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Dr Mahathir berkata berdasarkan perkembangan dan cabaran semasa, PDRM bukan sahaja berhadapan cabaran dalam konteks jenayah konvensional, tetapi juga ancaman pengganas atau terroris yang adakalanya amat luar biasa dan ini, menuntut agensi keselamatan terutama PDRM untuk menanganinya secara tegas, strategik dan berkesan.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar