[ad_1]
“Keadaan di semua pusat daerah mengundi (PDM) terkawal dan baik. Setakat ini pihak polis juga tidak menerima apa-apa laporan berhubung sebarang insiden atau isu-isu panas,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan di pusat mengundi Dewan Orang Ramai Semenyih di sini, hari ini.
Ahmad Dzaffir berkata anggota polis trafik termasuk dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang ditempatkan di 24 pusat mengundi bagi mengawal lalu lintas.
Lokasi tumpuan ialah di setiap persimpangan masuk di Bandar Sunway, Paling Jaya serta Sungai Lalang, selain laluan ke Pekan Semenyih, Batu 26 Beranang dan Bandar Rinching serta laluan utama Kajang-Semenyih-Beranang.
Pengguna jalan raya yang tidak terlibat dengan proses mengundi dinasihatkan supaya mengelak daripada melalui laluan berkenaan dan menggunakan laluan alternatif di Jalan Eco Setia Hill, Jalan Ecoworld dan Lebuhraya LEKAS.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar