[ad_1]
MPM dalam kenyataannya hari ini berkata calon-calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari.
“Bagi calon persendirian, keputusan akan dimaklumkan melalui pos,” menurut kenyataan itu.
Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan STPM 2018 melalui mySMS 15888 dengan menaip STPM RESULT (jarak) No Kad Pengenalan. Semakan juga boleh dibuat secara dalam talian melalui portal MPM di http://www.mpm.edu.my mulai 12 tengah hari pada 11 Mac, ” menurut kenyataan itu lagi.
Seramai 42, 849 calon telah menduduki peperiksaan STPM 2018 pada tahun lalu di 677 pusat peperiksaan seluruh negara.
Daripada jumlah ini, seramai 42,476 calon atau 99.13 peratus adalah dari sekolah kerajaan, 162 (0.3 peratus) calon sekolah swasta, 195 (0.45 peratus) calon persendirian individu dan 16 (0.04 peratus calon sekolah kerajaan negeri.
— BERNAMA
[ad_2]

More Stories
Baca@Borneo Gerakkan Budaya Ilmu, Perpustakaan Jadi Pemangkin Inovasi dan Komuniti
Hormati Hari Ibadah: Madius Seru SPR agar Penamaan Calon dan Hari Mengundi Selaras Prinsip Rukun Negara
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu