BERNAMA.com – Siswa siswi Sabah di Semenanjung harus jadi duta kebudayaan negeri

[ad_1]

KOTA KINABALU, 1 Mei (Bernama) — Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick mahu siswa negeri itu yang menuntut di institut pengajian tinggi awam dan swasta di Semenanjung memainkan peranan sebagai duta kebudayaan Sabah.

Beliau berkata siswa Sabah perlu menonjolkan keunikan dan keistimewaan warisan budaya dimiliki negeri itu supaya masyarakat di Semenanjung lebih memahami kebudayaan Sabah sekali gus memupuk keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia.

“Siswa Sabah di Semenanjung boleh menonjolkan keistimewaan perpaduan menerusi penganjuran program seni kebudayaan termasuk rumah terbuka perayaan oleh persatuan siswa Sabah, dan kerajaan negeri sentiasa menyokong inisiatif seumpama itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Perkara itu adalah antara intipati ucapannya ketika merasmikan Malam Pentas Seni Budaya Universiti Teknikal Malaysia Melaka anjuran Persatuan Mahasiswa Anak Sabah dan Sarawak di Melaka, semalam.

Pelbagai acara diadakan sepanjang majlis itu termasuk pertandingan nyanyian dan tarian etnik Borneo yang disertai siswa Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Tun Hussein Onn dan Universiti Teknologi MARA.

— BERNAMA

[ad_2]