BIG STAGE 2022: Netizen kecam identiti peserta ke-12.

Oleh : Cyn J.

PUTRAJAYA, 7 Feb – Program Big Stage 2022 awal-awal lagi sudah menjanjikan kejutan dengan menambah penyertaan seorang lagi bakat menjadikan 12 orang peserta yang akan berentap di pentas Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Seperti yang telah diumumkan semalam, seramai 11 bintang muda telah disenarai pendek untuk menyahut cabaran di Big Stage 2022.

Daripada 11 peserta itu, sembilan daripadanya ialah bakat tempatan manakala dua lagi peserta diterbangkan dari Brunei dan Indonesia.

Pada pentas sulung Big Stage, persoalan mengenai peserta ke-12 akhirnya terjawab apabila usahawan muda, Ahmad Iqbal Zulkefli, diumumkan akan bersaing dengan peserta-peserta program realiti televisyen itu.

Hal ini membuatkan netizen memberi kecaman yang hebat di laman twitter dengan perkataan #bigstage2022 yang kini trending di Malaysia.

Antara komen-komen yang dilontarkan oleh netizen termasuklah mempersoalkan tindakan Astro menghubungi Iqbal untuk menyertai pertandingan tersebut.

I’m so sorry to say this but what’s wrong with ASTRO?! Iqbal and DSV have just ruined the show. -Nawa

This is disrespectful for the actual artists that are competing, why is he there? For the drama? In front of Dato Seri Siti Norhaliza the icon at that???? -Dante

The conclusion is astro suka cari publisiti murahan. We have so many talented youngsters, but they chose iqbal lmao astro is a joke! -Oohafiqah

Iqbal menyanyikan lagu Bila Bulan Berbicara nyanyian asal Broery Marantika mendapat kedudukan ke-11 dengan undian terendah dari pihak juri.

Tirai ditutup selepas pengumuman tidak ada penyingkiran pada minggu pertama.