Oleh Wartawan BS
13 Februari 2020
SANDAKAN: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dikhuatiri lemas selepas bot penambang dinaiki bersama kira-kira 30 orang termasuk pelajar sekolah karam apabila terlanggar sebuah kapal nelayan di perairan berhampiran Pasar Awam, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 5.40 pagi itu, mangsa Asman Ongkal, 40, yang berpangkat koperal dipercayai menaiki bot terbabit dari Pulau Tanjung Aru, di sini untuk ke jeti Pasar Awam sebelum melanggar sebuah kapal yang berlabuh di perairan berkenaan.
Kejadian menyebabkan bot terbabit hancur, manakala semua penumpang terjatuh ke laut.

Difahamkan, mangsa sebelum itu berusaha membantu menyelamatkan penumpang lain untuk dimuatkan pada bot yang lalu di perairan berkenaan, sebelum mangsa dilaporkan hilang.
Lapan daripada mangsa kemudian dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk menerima rawatan lanjut dengan tiga daripadanya membabitkan dua pelajar perempuan, manakala seorang lagi lelaki yang juga pemandu bot dilaporkan kritikal.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin mengesahkan kejadian.

“Punca sebenar kejadian masih disiasat. Operasi mencari dan menyelamat masih lagi dilaksanakan,” katanya.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK