Oleh Wartawan BS
12 Februari 2020
KENINGAU: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori di hadapan Kompleks Sukan Tambunan, Jalan Tambunan – Keningau, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori berusia 27 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sebelum kejadian mangsa menunggang motosikal berseorangan dari arah Keningau menuju ke Tambunan manakala lori dari arah bertentangan.
Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan dihadapan lalu merempuh lori yang datang dari arah bertentangan.
“Akibat kejadian itu, mangsa tercampak di atas jalan raya dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Sementara itu, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan turut berada di lokasi kemalangan.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK