Bot nelayan tempatan yang ditahan oleh Maritim Malaysia Zon Tawau semalam
Oleh Ahmad Tamrin
TAWAU : Maritim Malaysia (Zon Maritim Tawau) telah menahan sebuah bot nelayan tempatan dan sebuah kapal tunda kerana disyaki telah melakukan kesalahan di sekitar perairan Tawau, semalam.
Pengarah Zon Maritim, Kepten Maritim Siva Kumar Vengadasalam berkata, bot ronda Zon Maritim Tawau yang telah menahan bot nelayan tempatan itu sekitar jam 11.15 pagi di perairan Timur Laut Sungai Dumpas, Tawau.
Pemeriksaan mendapati bot nelayan terbabit sedang menjalankan aktiviti perikanan di kawasan kurang daripada 2 batu nautika dari daratan terdekat.
Seorang juragan lelaki dan dua awak -awak lelaki dewasa warga Indonesia masing-masing berumur dalam lingkungan 27 hingga 34 tahun memiliki dokumen pengenalan diri pasport ditahan termasuk bot nelayan ditunda masuk ke jeti Zon Maritim Tawau untuk siasatan lanjut.
Kes seterusnya diserahkan kepada pihak Jabatan Perikanan Tawau, tambah Siva Kumar.Pada masa yang sama, Pihak Maritim Malaysia turut menahan sebuah kapal tunda tempatan sedang menuju ke Tawau dari perairan Kalabakan sekitar jam 12.15 tengahari.
Ketika ditahan, kapal tunda terbabit sedang menunda muatan kayu balak. Pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat juragan dan dua awak-awak warga Indonesia berumur dalam lingkungan 29 hingga 43 tahun, tambahnya lagi.
Dua awak- awak yang diperiksa mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah manakala juragan kapal tunda telah mengemukakan dokumen pengenalan diri telah tamat tempoh serta dokumen meragukan sebagai juragan serta gagal memaklumkan pertukaran nakhoda semasa diperiksa.
Juragan dan awak-awak termasuk kapal tunda ditahan seterusnya diiring masuk ke jeti Maritim Malaysia Tawau untuk pemeriksaan lanjut kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, kata Siva Kumar.
Menurut beliau lagi, Maritim Malaysia akan terus mempergiatkan lagi tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan perlanggaran undang-undang dapat dibanteras dan dikurangkan malahan akan terus memastikan perairan Sabah khususnya Tawau, selamat, aman dan terkawal.
Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan melalui talian hotline, Pusat Operasi Maritim Malaysia Tawau, 089-752115 atau melalui talian bantuan kecemasan, MERS 999.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK