BOT NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN PPM SANDAKAN

Salah sebuah bot nelayan yang ditahan PPM Sandakan semalam

Oleh Kahar Ali

SANDAKAN : Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan telah berjaya menahan empat buah bot nelayan jenis kapal tunda berhampiran Tanjung Layar-Layar dalam “Ops Gelora” semalam.

Komander PPM Sabah ACP Mohamad Pajeri Hj Ali berkata, 0perasi dijalankan oleh anggota PPM Sandakan menggunakan sebuah botronda pada jam lebih kurang 8.30 pagi. 

Semasa rondaan di perairan dijalankan, kelihatan kapal tunda tersebut sedang leka menarik pukat tunda berhampiran dengan Tanjung Layar-Layar Laut Tabangka, kata Mohamad Pajeri.

“Semasa ditahan, jarak kapal tunda tersebut adalah berada pada kedudukan lebih kurang 1.6 hingga 2.3 batu nautika dari daratan. Semasa pemeriksaan teliti dijalankan mendapati lesen perikanan  bot nelayan jenis pukat tunda tersebut hanya dibenarkan beroperasi diluar kawasan 12 batu nautika dari pesisir pantai, ” jelasnya.

Pemeriksaan lanjut terhadap tiga orang tempatan dan seorang warga Indonesia dalam Bot nelayan itu mendapati mereka adalah pekerja yang sah dan berdaftar kata Mohamad Pajeri.

Turut ditemui udang yang masih dalam gulung pukat yang dianggarkan seberat 40 kg dipercayai hasil daripada kegiatan memukat di kawasan itu, katanya.

Kesemua tangkapan dan rampasan di bawa ke Pangkalan PPM Sandakan untuk tindakan selanjutnya. Keseluruhan nilai rampasan yang meliputi harga bot tunda, pukat gulung dan hasil laut adalah dianggarkan bernilai RM90,500, tambah beliau.

Kes diserah kepada Pegawai Penyiasat Jabatan Perikanan dan disiasat dibawahSeksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 atas kesalah melanggar syarat lesen Perikanan dan jika sabit kesalahan, pemilik bot boleh dikenakan kompaun atau denda RM1,000 bagi kesalahan kali pertama dan  kapal di sita untuk kesalahan berikutnya, kata Mohamad Pajeri.