SANDAKAN: Seramai 41 orang pelajar berserta dengan 16 orang ibu bapa telah menyertai Program Motivasi yang diadakan di Dewan Gereja St. Paul, Ulu Dusun dekat sini baru-baru ini
Pelajar-pelajar tersebut terdiri daripada pelajar tahun 6 dari SRK Ulu Dusun; tingkatan 1 hingga 6 dari SMK Elopura dan SMK Segaliud
Program anjuran Gereja St. Paul, Ulu Dusun ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang peranan dan tanggungjawab mereka dalam mencapai kecemerlangan pelajaran serta meningkatkan keyakinan diri mereka dengan asas pembelajaran pintar.
Selain daripada itu, program ini juga diharapkan dapat memberi semangat kepada ibu bapa dalam membantu mencapai kecemerlangan anak-anak mereka.
Program ini telah dirasmikan oleh penceramah yang telah dijemput khas dari Sandakan iaitu Dr Peter Jr Naintin dan turut dihadiri oleh 2 orang mahasiswa iaitu Vanielie Terrence (Univeristi Malaysia Sabah) dan Jordan Bloem (University of California, Amerika) yang telah memberikan perkongsian ilmu kepada para peserta.
Para peserta program telah mendapat banyak iktibar dari ceramah yang disampaikan oleh Dr. Peter yang mana telah menegaskan bahawa kecemerlangan seseorang itu bermula dari diri sendiri.
Dr. Peter juga mengingatkan para ibu bapa supaya bekerjasama dengan guru-guru di sekolah dalam memastikan kecemerlangan anak-anak mereka dapat dicapai.
“Ini adalah kerana ibubapa memainkan peranan yang amat penting di dalam pembelajaran anak-anak mereka dengan memberikan sokongan, dorongan dan kepedulian,” tambah Dr. Peter.
Pengerusi Majlis Pastoral Umat Katolik St Paul, Ulu Dusun, Jamih Lugu yang turut hadir dalam program tersebut mengharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang, memandangkan manfaat yang diperolehi melalui penganjurannya.
Sejak dua tahun yang lalu, ini merupakan program motivasi dan kepimpinan yang diinisiatifkan oleh Dr Peter dalam usaha meningkatkan prestasi para pelajar dan muda mudi dalam pendidikan terutamanya di Sandakan dan Libaran.
Di antara sekolah-sekolah yang telah menerima manfaat daripada program tersebut adalah SM St Michael, Kolej Tingkatan 6 Datuk Pengiran Galpam, SMK Konven St Cecilia, SM St Mary, SK St Mary Labuk, SK St Mary Town, SK St Mary Konven, SRK Sung Siew, SK Kem Tentera, SK Sungai Padas, SMK Elopura, SMK Segaliud, dan perkumpulan belia di Sandakan.

More Stories
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ
Warga UMS Jayakan ‘Jom Baca’ dan Pelancaran Kapsul Masa Digital 2035
Pengurusan makanan dan amalan pengilangan baik penentu kualiti industri makanan negara